2011年6月6日星期一

Sukan Malaysia

Pencapaian Sukan Negara.



Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, negara Malaysia tidak tertinggal untuk membentuk sesebuah negara yang mementingkan sukan. Sememangnya dunia tahu bahawa negara Malaysia juga gah dengan megahnya kerana negara Malaysia mempunyai atlet-atlet sukan yang berkebolehan tinggi menggunung di persada dunia.

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.



Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang. Pada edisi Piala Thomas 2010, Malaysia telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima, menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan pingat itu walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia Hiroshima dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat dunia.

Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Nicol Ann David merupakan pemain kuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau telah beberapa kali menjuarai sukan ini mahu di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.

Pengiktirafan sebegini seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kejayaan yang akan ditempa oleh atlit-atlit negara pada masa depan perlulah disertakan keazaman dan ketabahan yang kental agar digeruni dan dihormati semua di peringkat antarabangsa.

Makanan Tradisional

MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah Negara yang penuh dengan keunikan.Terdapat pelbagai jenis tempat menarik di Negara ini bagi memenuhi kehendak pelancong tempatan mahupun luar Negara.Malaysia bukan hanya terkenal dengan destinasi pelancongan menarik malah turut terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisonal.Apa yang lebih menarik makanan tradisional di Malaysia berlainan jenis mengikut negeri-negeri serta perbezaan suku kaum.

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.



Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.





Makanan tradisonal melayu

Belacan

Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.

Botok-botok


Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

Cencalok

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.

Gula Melaka



Gula Melaka atau dikenali juga dengan nama Gula Tuak banyak terdapat di Melaka. Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.

Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana ia terpaksa melalui tiga peringkat pemprosesan. Seseorag yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Melaka ialah dengan menggunakan buluh dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai ‘penyadap’ untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Ianya dilenturkan sedikit demi sedikit dan proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang sepanjang 1 kaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripda menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai air tuak.

Pada peringkat kedua proses memasak Gula Melaka selama empat jam. Pada peringkat ini pengawasan dan pengalaman penting bagi mneghasilkan gula yang baik. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai sebagai ‘sabak’. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mulai pekat dan mengeluarkan buih yang berwap panas. Nyalaan api tidak boleh dibesarkan lagi di peringkat ‘bunga sena’ di mana keadaan gula telah menjadi agak pekat dan mengeluarkan banyak buih dan mula dikacau perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

Peringkat terakhir ialah bagi memastikan setelah cukup ukuran kepekatannya dan gula masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi 3 inci, tidak tertutup di kedua-dua hujungnya dan tabung tersebut diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.





Dodol

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.

Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.



Otak-otak



Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.


 
Tapai


Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.

Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.







Makanan tradisional kaum Cina



Kebiasaannya, Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijian dan lain-lain. Biasanya bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Ramai masyarakat melayu juga gemar makanan seperti ini.Selain itu, Makanan tradisional kaum Cina yang lain adalah seperti Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Jiaozi ialah salah satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.Minuman yang biasa diamalkan oleh masyarakat Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Sup mee suah



Jiaozi





Makanan tradisional kaum India

Makanan kaum india ialah makanan yang di masak dengan kepelbagaian rempah-rempah.Antaranya ialah thosay,capati,nan,mutton steak,muruku,tandoori chicken dan sebagainya.Boleh dikatakan kebanyakan makanan kaum India menggunakan rempah-rempah.

Capati



Ayam tanduri





Muruku




 
Makanan tradisional Sabah

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.









Konklusinya terdapat pelbagai makanan tradisional di Malaysia.Ini melambangkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik serta berpotensi menjadi sebuah Negara yang akan di pandang tinggi oleh negara maju yang lain.Kepelbagaian kaum yang mendiami Malaysia membuatkan negara ini mempunyai aneka makanan dan sudah pastinya akan menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini.Hal ini sekaligus akan meningkatkan ekonomi negara serta mampu menambahkan pendapatan penjual tempatan.Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum kita mestilah mengekalkan makanan tradisional kaum masing-masing agar makanan tradisional ini dapat di rasai dan di kenali oleh generasi yang akan datang.

Perkahwinan Tradisional Malaysia

Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu


 
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

UPACARA PEMINANGAN

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

UPACARA MENGHANTAR TANDA

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTARAN BELANJA

Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT

Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

BERINAI BESAR

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

HARI PERSANDINGAN


Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

 
Perkahwinan Masyarakat Cina

 
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.



Adat Perkahwinan Masyarakat Cina
 
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang


 
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan


 
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

 
Perkahwinan Masyarakat India

 
Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.


 
Pengantin lelaki menyarungkan cincin dijari kaki pengantin.

Cuti-cuti Malaysia

Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popula di seluruh dunia.

Pelancongan tanah tinggi



Cameron highland

Cameron highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan air terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Tarikan pelancong

• Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm

• Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea

• Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm,tringkap dan kuala terla.

• Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.

• Kebun Buah Strawberry.

• Taman rama-rama.

• Tokong sam poh di Brinchang

• Jungle Trekking

• Pasar Sayur dan Pasar malam

• The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park

• Homestay kg taman sedia,tanah rata





Pulau perhentian

Perhentian janji kedamaian dan pesona alam



Pantai timur semenanjung Malaysia menjanjikan kelainan baik dari segi aspek budaya, juadah tempatan mahu pun destinasi percutian. Selain pemandangan memukau diiringi bayu Laut China Selatan yang mendamai jiwa, negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang punya tarikkan tersendiri.

Terengganu yang terkenal dengan resepi makanan dan kebudayaan sering menjadi destinasi pilihan utama bagi pelancung asing. Bagai tidak lengkap percutian di negeri bertuah ini andai tidak mencuri masa bersantai di pantai mahupun di pulau peranginannya.


Pulau yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia itu menjadi pilihan kerana pemandangan serta terumbu karang yang menampilkan keunikkan tersendiri, selain spesies ikan pelbagai warna viriasi.

Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dijalankan disini antaranya seperti snorkeling,scuba,berkhemah,melihat penyu bertelur,melihat pemandangan batu karang yang menarik,melihat kepelbagaain hidupan akuatik dan sebaginya.



Pelancongan di Melaka sebagai pelancongan pendidikan

Melaka dikenali dengan Bandar bersejarah




PENGUNJUNG ke Melaka akan disambut dengan slogan, Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Slogan itu jelas tertera di pintu gerbang ketika memasuki negeri itu di Lebuh Raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.

Benarkah apa yang ada di seluruh Malaysia ada di Melaka? Secara amnya, banyak produk pelancongan ditawarkan kepada pengunjung baik dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat beli-belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan sebagainya.

Melaka juga bercirikan 1Malaysia, kata seorang peserta rombongan ketika berkunjung ke Melaka baru-baru ini. Dia menegaskan, pendapatnya itu berdasarkan nilai-nilai yang ketara di mata kasarnya.

Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum.

Dari zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman Kesultanan Melaka kemudian ke zaman penjajahan seterusnya era sebelum dan selepas merdeka.

Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chitti hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas mempunyai kuasa tarikan untuk pelawat domestik dan pelancong asing.

Keistimewaan diiktiraf

Bandar raya Melaka bagaikan bandar dalam taman, kerana di celah-celah sistem jalan raya yang teratur dan bangunan tinggi serta moden, mata akan dipukau pemandangan indah landskap taman dan bunga-bungaan yang ditata rapi dan bersih.
WARNA merah bangunan Stadhuys ini menjadi antara ikon kegemaran untuk peluang fotograf

Melaka terkenal dengan aset sejarah peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda yang terletak di sekitar Bandar Hilir.

Terdapat lebih 20 muzium termasuk Muzium Baba Nyonya dan Muzium Chitti yang menceritakan secara terperinci khazanah sejarah ini.

Pelawat juga boleh mengunjungi perkampungan Portugis di Ujong Pasir, perkampungan Chitti di Jalan Gajah Berang dan Kampung Morten iaitu perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar raya Melaka.

Pelbagai taman disediakan untuk dilawat tetamu selain Zoo Melaka, iaitu Taman Mini Malaysia dan Asean, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, dan Taman Botanikal Melaka.

Tidak ketinggalan, Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Lebah dan Taman Seribu Bunga menawarkan pengalaman istimewa. Semua lokasi tersebut terhimpun di sekitar Ayer Keroh.

Produk pelancongan lain yang patut dilawati ialah menyusuri sungai Melaka dengan bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Duck Tour, Water Taxi dan Kompleks Planetarium.

Jika beberapa negeri di Malaysia bangga dengan pantai mereka, Melaka juga mempunyai pantai yang indah dan bersih seperti Pantai Puteri dan Pantai Tanjung Bidara di samping Pulau Besar.

Kolam air panas di Gadek dan Bemban serta air terjun di Asahan, menambahkan lagi tarikan Melaka. Peminat agropelancongan pula boleh ke daerah Alor Gajah dan Jasin untuk meninjau produk di sana.

Syurga beli-belah


Melaka diibaratkan syurga kepada mereka yang gemar membeli-belah daripada produk kraf tangan hinggalah pelbagai barang berjenama terkemuka.

Pengunjung boleh berjalan kaki dari satu bangunan ke satu bangunan untuk memasuki pusat beli-belah seperti Kota Fesyen di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Batik House dan Dataran Pahlawan Megamall.


MUZIUM Samudera di Bandar Hilir paling diingati kerana reka bentuknya adalah berdasarkan replika kapal Flor De La Mar.
Mereka yang menyukai barang antik boleh mengunjungi Jonker Walk. Premis menjual produk kraf tangan terdapat banyak di pusat bandar dan di kawasan khas serta di tepi-tepi jalan.

Bagi mereka yang mencari tempat untuk menjamu selera, Melaka kaya dengan keistimewaan makanan seperti asam pedas dan ikan bakar.

Malah, tidak sempurna kunjungan kalau tidak pergi ke medan ikan bakar Melaka di Umbai, Kuala Duyung, Serkam dan Alai.

Melaka turut berbangga dengan variasi kemudahan sukan yang disediakan kepada umum di tempat bertaraf dunia seperti Pusat Bowling Antarabangsa Melaka, Sirkit Sukan Pemotoran Antarabangsa Melaka dan padang golf.

Bagi menjadikan Melaka pusat pendidikan terulung, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dari peringkat rendah hingga tinggi. Kemudahan pendidikan itu juga terbuka kepada pelajar antarabangsa.

KREATIVITI hiasan beca dan keramahan pengayuh beca di Melaka pasti meninggalkan kenangan istimewa buat pelancong